Thursday, December 23, 2010

Kiamat 2012?...


Terdetik untuk munulis tentang kiamat adalah disebabkan semalam saya baru menonton flem 2012 yg diarah oleh Roland amecist,tu pn lau tak silap lakan.Beliau mendapat idea untuk menghasilkan filem itu dari peristiwa kapal Nabi Nuh dan tafsiran daripada orang maya(orang zaman purba yang menetapkan tarikh2 yang sudah terjadi dan bakal terjadi).,Daripada filem itu mula la timbul banyak persoalan.antaranya ialah,betul ke kiamat akan berlaku pada tahun 2012?soalan yang mengerunkan.Jawapan yang paling tepat yang saya fikir kan ialah (mungkin),ini kerana kita sebenarnya tidak mengetahui bila akan berlakunya kiamat,mungkin lima minit lagi,esok,tahun depan atau mungkin 2012 seperti yang telah ditafsir oleh saintis dan tafsiran orang maya..Apa yang telah saya pelajari sebelum ini,kiamat berasal daripada bahasa arab yang bererti hari kebangkitan,iaitu apabila semua manusia dihidupkan semula untuk dihisab dan diberi balasan.

Rasulullah SAW sendiri banyak menyebut tentang masalah-masalah kiamat dan hari kebangkitan serta tanda-tandanya. Baginda menceritakan fitnah dan cubaan keimanan yang akan terjadi menjelang kiamat. Ini bertujuan supaya kita berhati-hati di dalam menempuhinya.Pada akhir zaman ini sudah banyak terdapat tanda-tanda kiamat( http://ms.wikipedia.org/wiki/Tanda-tanda_Kiamat ) iaitu apa yang dikatakan sebagai tanda-tanda kecil. Pada masa akan datang, yakni apabila telah hampir waktu kiamat akan muncul tanda-tanda besar. Terdapat juga tanda-tanda kiamat yang sudah terjadi bahkan telah berakhir dan ada tanda-tanda yang sudah muncul dan masih terdapat sehingga kini. Ada juga tanda yang belum muncul dan jika muncul ianya bererti bahawa kiamat semakin hampir. Walaupun kiamat tidak diketahui tarikhnya,tetapi kita haruslah yakin bahawa perkara ini pasti akan terjadi.

No comments: