Nabi Muhammad s.a.w. adalah guru yang sejati. Baginda bukan hanya menyampaikan ilmu, tetapi juga mendidik dan mentarbiah. Keutamaan baginya ialah umatnya. Beliau menghendaki supaya umatnya akan menjadi umat yang diredhai Allah, berjaya di dunia dan di akhirat dan berada di barisan hadapan dari umat-umat lain di padang mahsyar. Guru yang sejati tidak akan pernah putus asa menasihati murid-muridnya. Begitulah Nabi Muhammad s.a.w.. Baginda tidak jemu menasihati umatnya. Tidak ada yang memberi manfaat kepada umatnya melainkan telah diceritanya dan tidak ada yang merugikan mereka melainkan baginda telah melarangnya. Di antara pesanan Nabi Muhammad s.a.w. ialah tentang empat perkara yang setiap satunya disebut pula tiga ciri;Perkara pertama; al-Muhlikat, iaitu perkara-perkara yang memusnahkan.
Perkara kedua; al-Munjiyat, iaitu perkara-perkara yang menyelamatkan.
Perkara ketiga; al-Kaffarat, iaitu perkara-perkara yang menghapus dosa.
Perkara keempat; ad-Darajat, iaitu perkara-perkara yang mengangkat darjat/martabat.
No comments:
Post a Comment