Monday, October 16, 2017

DEFINISI FASDU


1. Sekarang kita akan melihat pula kepada definisi fasdu.
2. Hal ini sangat penting, kerana ada pihak yang jahil akan hal ini, konsep fasdu pun tidak jelas di mindanya, namun mereka bercakap tentang fasdu secara negatif.
3. Jadi, saya akan terangkan secara ringkas apa itu fasdu berdasarkan ilmu dan pengalaman saya dalam bidang perubatan, yang mana pada tahun ini genaplah 10 tahun saya terlibat dalam bidang ini, Alhamdulillah.
4. Perkataan fasdu berasal daripada bahasa Arab. Fasdu ialah maṣdar (Kata Nama Kerja) bagi kalimah faṣada (فصد).
5. Secara literalnya menurut kamus Lisanul Arab, fasdu bererti “menebuk urat darah”.
6. Menurut kamus Idris Al-Marbawi pula, fasdu didefinisikan sebagai “buang darah”.
7. Ibnu Sina mentakrifkan fasdu melalui kitabnya Al-Qanun Fit Tibb seperti berikut;
“Fasdu ialah pengosongan umum (istifrāgh kulliyy) yang mengosongkan lebihan

.


Lebihan ialah pertambahan akhlāṭ(humor/cecair tubuh) yang melebihi [had] keseimbangannya dalam salur darah.”
8. Kesimpulannya, fasdu ialah proses penebukan salur darah yang bertujuan membersihkan tubuh daripada “darah toksik”.
9. Apa itu darah toksik? Darah toksik ialah darah yang boleh menyebabkan penyakit, atau boleh juga disebut sebagai “darah patogenik”.
10. Itu sahaja untuk kali ini. Kita akan teruskan dengan topik yang seterusnya selepas ini, insha-Allah

Hubungi;; Ust Shamsul 019-3687297

No comments: