Seramai 200 pelajar menerima sijil penghargaan, pingat dan hamper pada karnival itu membabitkan pencapaian terbaik mereka dalam sukan, kelab persatuan dan badan beruniform termasuk mengharumkan nama sekolah di peringkat daerah, negeri, kebangsaan malah antarabangsa.
Selain penyampaian hadiah, Anuar turut merasmikan gelanggang futsal, surau dan bilik kuliah untuk pelajar tingkatan enam SMKDTHO.
Katanya, penghormatan itu diberikan kepada Anuar berikutan ATM banyak menyumbangkan tenaga dan wang ringgit bagi meningkatkan prasarana sekolah itu.
Antaranya, menaik taraf padang sekolah membabitkan peruntukan RM100,000’ surau (RM30,000); mengecat bahagian depan sekolah (RM20,000) dan peralatan dan kelengkapan sekolah (RM70,000).
Wan Mas berkata, peruntukan besar itu sudah tentu tidak dirasai sekolah lain yang bukan terletak dalam kawasan kem.
“Kami berharap, sumbangan ini bukan yang terakhir dan dapat diteruskan dari semasa ke semasa sekali gus meningkatkan kecemerlangan pendidikan khususnya anak anggota tentera.
“Sebagai membalas jasa dan pengorbanan ATM, saya berharap pelajar menilai sumbangan ini dan sedia meningkatkan prestasi masing-masing sekali gus mengharumkan nama sekolah sama ada di peringkat akademik atau kokurikulum,” katanya.
Turut hadir Panglima Pendidikan dan Latihan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Muda Datuk Musa Omar yang juga Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMKDTHO.
Sementara itu, penerima anugerah, Hafizuddin Ramli, dia berbangga kerana menjadi sebahagian pelajar yang mengharumkan nama sekolah.
Hafizuddin pelajar tingkatan enam atas sekolah itu dipilih menerima anugerah itu berikutan mewakili SMKDTHO ke Perkhemahan Sukan Belia 2010 peringkat antarabangsa di Pekan, Pahang, baru-baru ini.
Katanya, pada perkhemahan itu, SMKTDO berjaya meraih tempat kedua dan peserta wanita sekolah itu dipilih penerima anugerah belia wanita terbaik 2010.
“Perkhemahan ini adalah program pertama membabitkan pelajar peringkat antarabangsa dan pelbagai pengalaman menarik saya peroleh,” katanya.
No comments:
Post a Comment