Menunjukkan Engkau masih memanggil aku,
Engkau masih lagi membenarkan aku membesarkan-Mu,
Cuma aku sahaja tidak pandai beradab dengan-Mu,
Aku hamba-Mu memang tidak pandai beradab dengan-Mu,
Di dalam tidak pandai beradab pun,
Engkau masih sudi menjemput aku,
Begitulah rahmat dan kasih sayang-Mu,
Hanya aku sahaja tidak pandai menerima rahmat-Mu itu,
Tuhan! Ajarkanlah aku lagi bagaimana beradab dengan-Mu,
Agar aku dapat bersopan sesuai dengan kebesaran-Mu,
Aku takut setiap kali aku menyembah-Mu,
Aku derhaka dengan-Mu tanpa disedari,
Tuhan! Ampunkanlah aku,kalau aku tidak pandai membesarkan-Mu,
Maafkanlah aku jika aku tidak pandai beradab dengan-Mu,
Begitulah aku hamba-Mu yang lemah lagi hina ini,
Selalu sahaja tidak beradab dengan-Mu,
Kerana itu janganlah sampai,
Engkau putuskan hubunganku dengan-Mu,
Teruslah Engkau panggil aku mengadap-Mu,
Aku pula cuba membaiki hubunganku dengan-Mu,
Pimpinlah aku lagi agar aku pandai membesarkan-Mu.
No comments:
Post a Comment