Wednesday, January 11, 2012

JIN.. ;)


PENGERTIAN JIN.

Dari segi bahasa: Perkataan JIN berasal daripada Bahasa Arab yang terdiri daripada dua huruf iaitu JIM dan NUN ( جن ) yang bererti sesuatu yang tersembunyi sebagaimana firman Allah di dalam Al-Quran:

$£Jn=sù £`y_ Ïmøn=tã ã@ø©9$# #uäu $Y6x.öqx. ( . ..

Maksudnya:

Maka ketika ia berada pada waktu malam Yang gelap, ia melihat sebuah bintang (bersinar-sinar),..(Al-An’am;76)

Tiap-tiap perkataan yang beriringan daripada huruf jim dan nun maka maknanya tersembunyi dan tidak kelihatan. Jin itu dinamakan sedemikian kerana ia tidak dapat dilihat dengan pandangan mata zahir.

Dari segi istilah: Menurut pandangan Syed Sabiq dalam bukunya Al-Aqa’id Al-Islamiah. Katanya :

“Jin ialah suatu jenis roh yang berakal yang mempunyai kehendak. Mereka adalah mukallaf sebagaimana manusia, tetapi mereka tidak mempunyai jasad seperti manusia, tidak dapat dilihat dengan penglihatan, tidak dapat disaksikan bentuk dan tabiat mereka yang asli dan mereka mempunyai kuasa tersendiri untuk membentuk diri mereka.”

JIN ADALAH HAKIKAT BUKAN MITOS

v Mempercayai perkara-perkara ghaib merupakan tuntutan aqidah.Perkara-perkara sami’yat perlulah menjadi kepercayaan orang-orang bertaqwa.

v Firman Allah Taala dalam Kalam-Nya:

$O!9# ÇÊÈ y7Ï9ºsŒ Ü=»tGÅ6ø9$# Ÿw |=÷ƒu ¡ ÏmÏù ¡ Wèd z`ŠÉ)­FßJù=Ïj9 ÇËÈ tûïÏ%©!$# tbqãZÏB÷sムÍ=øtóø9$$Î/ tbqãKÉ)ãƒur no4qn=¢Á9$# $®ÿÊEur öNßg»uZø%yu tbqà)ÏÿZムÇÌÈ

Maksudnya:

1. Alif laam miin. 2. Kitab (Al Quran) Ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa , 3. (yaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan shalat, dan menafkahkan sebahagian rezeki yang kami anugerahkan kepada mereka.

DALIL-DALIL KEWUJUDAN JIN

Kewujudan jin telah lama wujud di alam ini terdahulu daripada wujudnya manusia. Mereka telah diciptakan sebelum Adam.mereka juga terdahulu menghuni bumi dan memakmurkannya sebelum manusia tetapi mereka telah melakukan beberapa kerosakkan dan kemusnahan hingga Allah mengusir mereka dengan perutusan malaikat-Nya dan melantik manusia pula sebagai khalifah di muka bumi. Sebagaimana firman Allah dalam Kitab-Nya yang mulia:

øŒÎ)ur tA$s% š/u Ïps3Í´¯»n=yJù=Ï9 ÎoTÎ) ×@Ïã%y` Îû ÇÚöF{$# ZpxÿÎ=yz ( (#þqä9$s% ã@yèøgrBr& $pkŽÏù `tB ßÅ¡øÿム$pkŽÏù à7Ïÿó¡our uä!$tBÏe$!$# ß`øtwUur ßxÎm7|¡çR x8ÏôJpt¿2 â¨Ïds)çRur y7s9 ( tA$s% þÎoTÎ) ãNn=ôãr& $tB Ÿw tbqßJn=÷ès? ÇÌÉÈ

Maksudnya:

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu Dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang Yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal Kami sentiasa bertasbih Dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa Yang kamu tidak mengetahuinya".(Al Baqarah,30)

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana, setiap kejadian yang diciptakan itu pasti ada hikmah dan rahsia-rahsianya yang tersendiri. Demikian itu kewujudan Jin dapat dipastikan dengan perkara berikut:

· Allah SWT telah menyebut tentang kewujudan manusia melalui kejadian Adam yang diciptakan daripada tanah liat kering yang berasal daripada lumpur hitam yang busuk. Allah SWT juga telah menyatakan bila Jaan (bapa golongan jin) telah diciptakan sebelum Adam adalah daripada api yang sangat panas sepertimana firman-Nya dalam surah Al-Hijr:

ôs)s9ur $oYø)n=yz z`»|¡SM}$# `ÏB 9@»|Áù=|¹ ô`ÏiB :*uHxq 5bqãZó¡¨B ÇËÏÈ ¨b!$pgø:$#ur çm»uZø)n=yz `ÏB ã@ö6s% `ÏB Í$¯R ÏQqßJ¡¡9$# ÇËÐÈ

Maksudnya:

Dan Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat Yang kering, Yang berasal dari tanah kental Yang berubah warna dan baunya.Dan jin pula, Kami jadikan Dia sebelum itu, dari angin api Yang panasnya menyerap ke liang bulu roma.

Dengan itu, jelaslah wujudnya jin itu terdahulu daripada Adam dan Adam itu dijadikan selepas adanya Jin di alam ini.

· Allah memerintahkan semua malaikat dan jin supaya sujud atau tunduk hormat kepada Adam juga menjadi dalil yang sah mengenai penciptaan Jin mendahului Adam apabila semua malaikat sujud kecuali Iblis (golongan Jin) ingkar dan takbur dalam firman Allah berbunyi:

øŒÎ)ur $oYù=è% Ïps3Í´¯»n=uKù=Ï9 (#rßàfó$# tPyŠKy (#ÿrßyf|¡sù HwÎ) }§ŠÎ=ö/Î) 4n1r& uŽy9õ3tFó$#ur tb%x.ur z`ÏB šúï͍Ïÿ»s3ø9$# ÇÌÍÈ

Maksudnya:

Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada malaikat: "Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam". lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; ia enggan dan takbur, dan menjadilah ia dari golongan Yang kafir. (Al-Baqarah:34)

· Allah SWT telah mendahulukan jin daripada manusia dalam ayat tersebut adalah menunjukkan aturan tertib penciptaan-Nya iaitu Jin dicipta mendahului wujudnya manusia.Dalam surah Adz-Dzariyaat, ayat 56 Allah SWT berfirman :

$tBur àMø)n=yz £`Ågø:$# }§RM}$#ur žwÎ) Èbrßç7÷èuÏ9 ÇÎÏÈ

Maksudnya:

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.

· Dari Uthman dari Al-‘A’masy Bukair bin Al-Akhnas dari Abdur Rahman bin Sabith Al-Qurasyi dari Abdullah bin Amru bin Al-Ash R.A bahawa:

“Allah Taala menciptakan anak cucu jin itu 2000 tahun sebelum menjadikan Adam”.

· Diberitakan oleh Juwaifir dari Ad-Dhahak dari Ibnu Abbas r.a yang menerangkan:

“ Jin itu penduduk bumi,sedang malaikat adalah penduduk langit.Setiap penduduk langit yang berada di atas,ibadatnya lebih banyak berbanding penduduk langit yang berada di bawah.”

· Ishak dari Abu Rauq dari Ikrimah dari Ibnu Abbas r.a menerangkan: “Allah menciptakan pemimpin jin dari nyala api. Kemudian dikatakan kepada jin yang baru saja diciptakan itu,

“Mintalah sesuka hatimu”. Maka jin pun berkata: “Aku berdoa (meminta) agar aku dapat melihat, tetapi aku sendiri tidak boleh melihat, aku meminta agar dapat masuk ke dalam bumi, dan aku meminta supaya dipanjangkan usia dan menjadi muda lagi sebelum mati”.

Permohonan-permohonan jin ini dikabulkan oleh Allah SWT sehingga kita tidak dapat melihat mereka manakala mereka dapat melihat kita. Sebelum mereka mati, mereka kembali seperti kanak-kanak kecil sehingga usia mereka cukup panjang.

Oleh itu, jin adalah suatu makhluk yang dijadikan Allah sebelum manusia malah mereka pernah mendiami bumi dan melakukan kerosakan dengan kekuatan mereka. Demikian itu, apabila Allah menyatakan kehendak-Nya menjadikan Adam sebagai Khalifah, para malaikat bimbang dan mempersoalkannya. Ini kerana, kejadian manusia dan jin bernafsu syahwat mungkin manusia juga akan mengikut jejak langkah jin.

Imam Zamaksyari di dalam bukunya berjudul “Rabi’ul Abrar” menjelaskan: “Allah SWT menjadikan makhluk yang bernyawa menjadi 4 kelompok,iaitu:-

a) Malaikat

b) Syaitan

c) Jin

d) Manusia

Keempat-empat kelompok itu dibahagi menjadi 10 bahagian. Sembilan bahagian adalah malaikat manakala 1 bahagian adalah syaitan,j in dan manusia. Yang 1 bahagian ini dibahagi lagi menjadi 10 bahagian. 9 bahagian adalah syaitan manakala yang 1 bahagian adalah jin dan manusia.

SETERUSNYE(TEKAN SINI)

No comments: